Monday, April 27, 2009

Curik Tulang

Tak terkejut bila baca Berita Harian today. No wonder la all these while pesakit tunggu lama. Agak2 nye la kan brape ramai doktor yg macam ni? Brapa ramai yg tak sincere buat keje? Tau la gaji byk (if compare ngan private mmg la skit) tp tresponsibility ttp kena buat kn and I think pihak atasan memang patut buat rawatan mengejut. Read more kat bwh ni..

Dua doktor HKL ditangkap 'curi tulang'


KUALA LUMPUR: Dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditangkap 'curi tulang' semalam kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika pesakit berkenaan yang kebanyakannya mangsa kemalangan dan berada dalam kesakitan, dikejarkan ke unit terbabit tetapi terpaksa menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.

Kes curi tulang itu terbongkar apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan yang kebetulan pergi ke situ untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.


"Saya menunggu pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan selepas menyedari tiada seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya membuka pintu bilik rawatan dan terkejut melihat seorang doktor membaca akhbar manakala seorang lagi buat hal sendiri melakukan kerja peribadi.

"Ketika itu, ada lebih 20 pesakit menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukan cara doktor bekerja kerana pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini unit kecemasan yang perlu pantas memberikan rawatan," katanya.

Saravanan berkata, beliau menegur doktor terbabit kerana sikap mereka yang curi tulang ketika bekerja dan mendesak untuk berjumpa pegawai atasan mereka, tetapi terpaksa menunggu setengah jam sebelum dapat bertemunya.

"Hanya selepas itu barulah pesakit yang sudah menunggu sekian lama segera diberi rawatan. Tak bolehkah doktor itu melayani pesakit dulu? Ini bukan cara perkhidmatan yang sepatutnya di hospital kerajaan," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu daripada lawatan mengejutnya ke ibu negara kelmarin berkata, beliau mahu barisan hadapan institusi kerajaan di pusat bandaraya supaya meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Saravanan berkata, sungguhpun beliau 'menangkap' doktor terbabit secara tidak sengaja, beliau akan kerap melakukan lawatan mengejut ke jabatan di bawah kementeriannya bagi memastikan kakitangan di barisan hadapan melaksanakan tugas mereka kepada masyarakat.

"Ini adalah pembuka mata. Kami sebagai pemimpin tidak boleh hanya menabur janji saja tetapi tidak memeriksa sama ada ia dibuat kakitangan kerajaan di barisan hadapan. Kami mesti turun memastikan penyelesaian segera.

"Apatah lagi dalam keadaan ini apabila orang sedang sakit dan menanggung penderitaan akibat kesakitan itu. Jika mereka tidak sakit, mereka tidak akan datang ke unit kecemasan. Ini adalah pengajaran untuk semua hospital," katanya. - Bernama

No comments: