Monday, June 29, 2009

100% Bahasa Melaysia




Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Bekas kekasih saya adalah :
Orang yg saya mahu lupakan.

2. Saya sedang mendengar :
Bunyi kekunci komputer riba saya apabila ditekan

3. Mungkin saya patut :
pergi ke latihan bola jaring

4. Saya suka :
Duduk rumah, tengok tv, pergi bercuti.

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Mereka yang setia berada disisi saya apabila saya memerlukan merka. Mereka akan tegur kesilapan saya dan bersifat jujur.

6. Saya tak faham :
Kenapa di dunia ini ramai orang yg bersifat hiprokrit.

7. Saya kehilangan :
Masa untuk beriadah sejak bekerja

8. Ramai yang berkata :
Saya sudah berisi..hahaha...

9. Makna nama saya :
Cahaya ketinggian

10. Cinta itu adalah :
Satu perasaan yang suci yang tidak sepatutnya dipermainkan.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Berlatih bola jaring. (Nak pergi juga)

12. Saya akan cuba :
Untuk berlaku adil kepada sesiapa sahaja.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Kekal bersama

14. Telefon bimbit saya :
Adalah alat untuk saya berhubung dengan adik beradik yang jauh.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
"Alamak, sudah pagi ke? Boleh tak saya tidur lagi?"

16. Saya paling meluat apabila :
Orang memotong barisan di waktu pagi dan petang sedangkan orang lain juga beratur dan ingin pergi dan pulang ke tempat kerja/rumah dengan cepat.

17. Pesta / Parti adalah :
Tempat orang bersosial tetapi saya jarang menghadirinya.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Anak harimau belang berwarna putih dan coklat.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Zaman kanak-kanak kerana saya tidak perlu memikirkan apa yang saya lakukan.

20. Hari ini :
Hari Isnin

21. Malam ini saya akan :
Tuam pergelangan buku lali dengan tuala kecil panas.

22. Esok pula saya akan :
Pergi ke Shah Alam keseorangan.

23. Saya betul-betul inginkan :
Perjumpaan dengan adik-beradik saya yang belajar di luar Malaysia

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Mata yang tidak baik lagi.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Tentu sekali pusat membeli-belah

26. Makanan Barat atau Jepun :
Makanan barat

27. Bilik yang terang atau gelap :
Bilik yang gelap. Tapi kalau sudah letih bilik yang terang pun boleh.

28. Makanan segera adalah :
Makanan untuk mereka yang tidak mempunyai masa dan duit yang cukup.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Maaf, saya tidak dapat membantu anda.

30. Siapa yang anda mahu Tag?
Kawan-kawan saya dan mereka yang tag saya.

No comments: