Kepada semua pemandu (kereta, motosikal, basikal, lori, truck dan lain2 jenis kenderaan),
Sila beri laluan kepada kenderaan lain jika anda ingin meletakkan kenderaan di hadapan, belakang, kiri atau kanan kenderaan tersebut. Jika anda desperate hendak meletak kenderaan tetapi tidak mempunyai ruang di harap berfikir sebelum memakir kenderaan anda. Ini kerana anda mungkin telah dan akan menghalang kenderaan yg berada di hadapan, belakang, kiri dan kanan anda daripada hendak memandu keluar dari tempat parkir.
Adalah sungguh menyeksakan dan ‘irritating’ pabila pemandu tersebut ingin memandu keluar. Adakah anda mahu pemandu lain honk kan kenderaan mereka semata-mata ingin mendapat perhatian anda? Bagaimana pula jikalau pemandu itu mempunyai hal yang penting (isteri nak terberanak, mengambil exam dan sbgnya)? Silap-silap mereka terpaksa melepaskan peluang hanya kerana perangai anda yang terlalu mementingkan diri utk sebuah tempat parkir.
Jika pemandu itu mempunyai tahap kesabaran yg nipis, maunya anda mendapat nota dari kekasih dengan lambang tanduk, kata2 maki hamun atau yg paling teruk jika ada satu garisan panjang sebagai hiasan di tepi kenderaan anda (nak cat balik kena berate jugak!). Jika pemandu tersebut bernasib baik, manusia yang lalu lalang akan menolong mengalihkan kenderaan anda. Itu kalau motor. Kalau kenderaan adalah kereta, truck besar atau lori bagaimana? Sungguh menyusahkan!
Jadi, sebelum buat sesuatu silalah fikir pasal orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri. Kita hidup nak kena share apa yang ada terutamanya kalau hak awam. Give and take okie sebab saya penulis nota ini sudah 2,3 kali kenderaan di halang oleh motosikal. Sungguh mencabar keimanan. Nasib baik ada manusia prihatin. Terima kasih kepada yang membantu.
Sekian, terima kasih.
Yg Benar,
…………………………….
No comments:
Post a Comment